Salam everyone.
Sekarang ni saya tengah attach CDR dept.Agak interesting jugaklah.Esok insyaAllah nak kena buat bed side counseling dekat ward.Masa tengah prepare counseling point malam ni,tetiba rasa sedih.Sedih bila teringatkan ada satu cancer patient nih, terpaksa berulang ke hospital naik bus,padahal ada ramai anak..ye la anak duduk jauh..tapi..hmm bagi lah duit tambang taxi,at least.Dah la cancer patient tak boleh expose dengan crowded area sebab keadaan imun yang lemah.Dalam hati ni rasa sedih sangat masa nak dispens ubat hari tu..rasa macam nak peluk makcik tu bagi dia semangat nak fight cancer nih..What cancer patient need is support from their surrounding,their family and friends.Kadang-kadang bila tengah fight dengan cancer tu ada ja orang yang suka mai cerita macam-macam.Well meaning people,bagitau benda yang akan melemahkan semangat pesakit tersebut.That is soo wrong..walaupun kita tau yang cancer is deadly disease,tapi..sekarang ni dah macam-macam rawatan dah ada dekat Malaysia nih.InsyaAllah,dengan izin Allah,sembuh..Kami orang kesihatan nih,hanya mampu tolong..izin semua datang dari Allah..sebab tu macam mana hebat pun ubat kita bagi,kalau Allah tak izinkan,tetap tak berjaya.Dua benda tu kena seiring.
Lepas tu side effects chemotherapy pulak,kalau ada yang boleh tolerate..okay..ada yang dapat sikit ja side effect,ada yang teruk..bergantung kepada keadaan badan pesakit..Tapi sekarang nih,mostly patient boleh tolerate..Ubat dah bertambah canggih,barangkali..Support dari family yang penting,jangan bagi kerja teruk teruk,jaga makan minum depa,beli banyak buku pasal penyakit tu,so that they will have a brief idea and know how to manage it..Terutama kalau orang kena cancer pada usia yang muda,memang sangat perlukan sokongan sekeliling.Kalau dah kahwin,suami memang kena main peranan penting.Isteri yang sedang on chemotherapy,memang akan jadi lemah,dan tahap kesuburan jugak akan terganggu,rambut akan luruh (bergantung ),selalu lah make time nak teman dia jumpa doktor..jangan biar dia rasa tak dihargai dengan keadaan dia macamtu..:’( Jangan lah wife tengah sakit,suka hati ja mention nak pasang lagi satu atau nak failkan penceraian.Memang,terlalu kejam tiada hati perut..Kenapa saya cakap mcm tu? Sbb memang pernah berlaku,2 months after the diagnosis,cerai..as simple as that.. :( nauzubilah min zalik..
Ada dalam ayat Al-Quran,surah Al-fil yang insyaAllah kalau diamalkan,dan urut dekat bahagian cancer..baca setiap kali lepas solat sebanyak 21 kali,sel kanser tu akan pecah..Jangan sesekali simpan atau org kedah cakap peram kanser tu lama-lama x pi jumpa doctor..seriously,even stage 1 and stage 2 can make HUGE different.. Go check with the doctor if u found any weird symptoms with ur body..and girls,do check mammogram every 3 year if u above 20,and every year if u r above 40..Pap smear pulak 3 tahun selepas first sexual intercourse..Kerajaan dah bagi free dah sekarang nih,tunggu kita rajin dan malas ja nak pi check..
Tak sabarnya nak kaunseling esok,nak jumpa patient ni depan mata..nak bagi semangat dekat depa!
2 comments:
sian nyer pesakit kanser kan
mereka orang orang terpilih :)
Post a Comment