nampaknya begitu rajin saya yer mengupdate blog malam ni haha(masuk bakul angkat sendiri :P),setelah beberapa hari malas nak update,nak tgk blog pun malas..tadak mood.. :D
ok,tgk gambar kartun tu puas-puas,tapi yang penting tgk msg yang cuba nak disampaikan oleh kakak kartun nih..tapi malam ni bukan nak sentuh pasal makan berlebih lebihan ataupun membazir..hmm sat sat,cakap mengenai tu..saya pernah terbaca bahawa yang Rasullulah pernah bersabda bahawa punca pelbagai penyakit adalah kesan dr makan yang terlebih kenyang..lagipun bila dah terlebih kenyang ni faham faham aja la,boleh membuatkan kita jadi semakin malas malas nak buat apa apa kerja,lepas makan tdoq..huu..
makan setakat yang mampu sudah yer. :)
malam ni saya nak sentuh mengenai makanan halal,nampak macam simple tapi saya rasa masyarakat macam dah tak kisah tak pun macam dah tak menjaga pemakanannya..
kita tahu kan,bila dah makan,semua benda tu akan jadi darah daging kita sampai bila bila dan dibawa mati,bila benda yang tak halal masuk dalam badan kita maka,ia juga akan menentukan perangai/akhlak kita,baik atau buruk..dan as we all know,makanan yang halal jugak penentu kecergasan pemikiran kita..sbb tu kita tgk tahfiz tahfiz semua tu semua menjaga pemakanan mereka,sbb tu depa dapat hafaz 30 juzuk Al-Quran..dan saya jugak ada experience tgk sniri keluarga kawan saya yg begitu menjaga pemakanan,dan alhamdulilah anak anak mereka semua menjadi,cerdik-cerdik.. :)
dan tengah hari tadi mak saya menyatakan kebimbangannya nak shopping bahan bahan dapur..eceh (ayat tak boleh blah haha)..serius balik weh,serius balik haha mak saya cakap skang ni susah nak cari benda yang betul betul halal,baru baru ni dia ada pergi kursus pasal makanan seimbang dan halal,even apollo,twisties semua tu pun dikatakan tidak halal.
dan mak saya bagitau lg (semua mak dia bgtau :P) ,sebelum beli apa apa barang,check dlu ingredient dia..sbb ada sesetengah pihak just letak kod ja untuk gelatin babi..saja lah tu,nak bagi kita confuse..heh dan buat yang tak tahu,main beli saja semua dan makan..dan tak silap saya kod start dgn huruf E,so please be careful masa nak pilih barang makanan..
sekarang ni takut gak nak makan kat luar,tambah tambah kedai yang nampak exclusive tuhh..haih tgk tgk tukang masak non muslim..haish,nak termuntah dibuatnya,bagus jugak la produk HPA makin berkembang sebab yg tu mmg sure halal..tak pernah try lg pizza radix..one day maybe :)
apa apa pun,makanan terbaik adalah masakan ibu..hee
tadak sapa boleh lawan yg tu :)
orang lain maybe rasa biasa-biasa ja,tapi kita rasa sedap sbb kita dah dibesarkan dgn air tangan ibu,dah sebati dah pun..
huu macam mana la kalau dah jd emak nanti?
sure busy kan..sbb tu lah,kadang-kadang rasa cm nak jd full housewife ja.hahahaha.
jaga makan minum suami dan anak anak..heheh berangan pulak dia.
ok wassalam.
all time favorite-tomyam!
lepas jogging,top up lemak pulak..ngeh2











